Wednesday, July 3, 2013

Urusan di Bahagian Pencen Angkatan Tentera MAlaysia (ATM)

Jumaat 28 jun yang lepas, aku pergi buat urusan di bahagian pencen angkatan tentera malaysia (ATM) di bangunan  TH Perdana jalan TAR. Bangunan ni sebelah bangunan Maju Junction. Parking senang masuk je parking Maju Junction. Parking lebih kurang 2 jam RM2.50. Senang jalan kaki pun tak jauh mana...Bahagian Pencen aras 8 bangunan TH Perdana. Aku berpuas hati dengan layanan yang cukup baik daripada kakitangan di Bahagian Pencen ATM ni...Syabas...

Selesai urusan dibahagian pencen ATM, aku pergi ke Jabatan Arah & pencen, Kementah Jalan padang Tembak. Kat sini kena ambik pas kat kaunter hadapan kem, lepas tu boleh drive terus ke Jabatan arah dan pencen. Kat sini layanan kakitangan Jabatan arah dan pencen (ATM) juga sangat memuaskan. Syabas sekali lagi daripada semua kakitangan. Sangat selesa untuk berurusan dan tidak menunggu terlalu lama walaupun ramai pelanggan...

No comments: