Friday, July 26, 2013

Ubuntu Edge, Telefon, Desktop & CPU Anda!



Ubuntu Linux iaitu pengeluar sistem operasi komputer dan sumber terbuka sudah mengeluarkan telefon pintar di bawah projek Ubuntu Edge.
Canonical yang menyelia Ubuntu membangunkan versi baru sistem operasi sumber terbuka untuk skrin sentuh yang tidak kelihatan seperti sistem operasi telefon pintar yang lain beroperasi sebagai OS desktop penuh apabila disambungkan ke monitor, papan kekunci dan tetikus.
Syarikat itu mengambil contoh teknologi sama dalam industri kenderaan di mana jika sesuatu teknologi baru dalam kereta mahu diperkenalkan dan dikomersilkan, ia akan diuji dahulu dalam perlumbaan Formula 1. Sebab itu, projek Ubuntu Edge disasarkan untuk melakukan perkara sama dalam industri telefon mudah alih. Tujuannya adalah bagi membolehkan tawaran berskala rendah, platform yang berteknologi tinggi dan projek yang ditaja pelbagai pihak.
Telefon yang baru dicipta itu akan beroperasi mudah pada semua platform. Bermakna jika anda memasukkan telefon ini ke mana-mana monitor, ia akan menukarnya kepada desktop dan berkongsi fail dengan mudah.




















Menurut kajian Ubuntu, saiz telefon yang bersesuaian adalah 4.5 inci dan skrinnya ditukar daripada gelas kepada kristal nilam yang tidak calar. Hanya batu berlian saja yang mampu mencalarkan skrin tersebut. Manakala kamera pula tidak terlalu mementingkan megapiksel tetapi kualiti lensa pada pencahayaan rendah dan kekuatan merakam dengan pantas.
Manakala Ubuntu mengatakan skrin lebih 300ppi tidak memperbaharui kejelasan paparan tetapi lebih kepada gabungan warna, tahap kecerahan dan kedinamikan skrin lebih penting.

Telefon ini akan menggunakan RAM sebanyak 4GB (Rata-rata telefon sekarang hanya 1GB atau 2GB) dan setoran dalamannya pada 128GB. Bateri pula menggunakan teknologi anod silikon bermakna lebih tenaga boleh dimuatkan dalam satu set.

Ubuntu bukan saja menyokong sistem operasinya sendiri tetapi juga beroperasi lancar pada Android dan bagi pembangun aplikasi, ia dimudahkan dengan HTML5.

Secara ringkas projek Ubuntu Edge menampilkan telefon dengan spesifikasi berikut:

    Dua OS sekaligus Ubuntu mobile OS dan Android
    Dua OS akan bersepadu menjadi Ubuntu apabila ditukar kepada mod desktop PC
    CPU laju, RAM 4GB, setoran 128GB
    Paparan 4.5 inci 1,280 x 720 HD
    Kamera 8MP, 2MP di depan
    Sokong Dual-LTE, dual-band 802.11n Wi-Fi, Bluetooth 4, NFC
    GPS, accelerometer, gyro, proximity sensor, compass, barometer
    Dimensi 64 x 9 x 124mm

source

Wednesday, July 3, 2013

Urusan di Bahagian Pencen Angkatan Tentera MAlaysia (ATM)

Jumaat 28 jun yang lepas, aku pergi buat urusan di bahagian pencen angkatan tentera malaysia (ATM) di bangunan  TH Perdana jalan TAR. Bangunan ni sebelah bangunan Maju Junction. Parking senang masuk je parking Maju Junction. Parking lebih kurang 2 jam RM2.50. Senang jalan kaki pun tak jauh mana...Bahagian Pencen aras 8 bangunan TH Perdana. Aku berpuas hati dengan layanan yang cukup baik daripada kakitangan di Bahagian Pencen ATM ni...Syabas...

Selesai urusan dibahagian pencen ATM, aku pergi ke Jabatan Arah & pencen, Kementah Jalan padang Tembak. Kat sini kena ambik pas kat kaunter hadapan kem, lepas tu boleh drive terus ke Jabatan arah dan pencen. Kat sini layanan kakitangan Jabatan arah dan pencen (ATM) juga sangat memuaskan. Syabas sekali lagi daripada semua kakitangan. Sangat selesa untuk berurusan dan tidak menunggu terlalu lama walaupun ramai pelanggan...