Monday, August 27, 2007

Firework di Putrajaya!

One of my video...happy watching...Love & Star!Tapi malam tu nak balik jem giler lorrr!!!

Monday, August 20, 2007

Awana Genting Golf resort

3 hari di genting Awana Resort (15/08 - 17/08). Hari kedua sempat naik cabel car naik genting 'kota keriangan' bersama-sama hishamudin,lokman & shamsul from maritim putrajaya. Harga 1 hala RM 5, pergi balik RM10. Kami naik dapat tiket percuma dari Awana genting resort...:) Perjalanan dalam 15minit 1 hala...best kat atas sana sejukkkkk...

Monday, August 13, 2007

Jabatan Perkhidmatan Awam - JPA

Semalam aku pergi kat bahagian pencen, JPA nak uruskan pasal sambung tempoh perkhidmatan untuk abah aku. Alamat pada surat tingkat 2-5 dekat parcel C, Putrajaya....Then sampai sana susah gak nak masuk, sib baik aku naik motor jalan jer terus, kalau kereta maunya parking kat luar jalan kaki...jauh wooo... Sampai kat office dia, nampak semua tekun wat kerja (bagus kakitangan bahagian pencen nih...) Aku pergi kat kaunter luahkan masalah aku, lepas tu aku di bawa berjumpa dengan pegawai yang berkenaan. InsyaAllah katanya kalau data semua lengkap dia boleh uruskan sekejap sahaja. Masalahnya nak cari balik fail abah aku dulu, then dia suruh aku telefon balik keesokan harinya...hmmmm ingatkan terus boleh selesai nampaknya kenala aku menelefon lagi harini...tapi respect gakla staff kat sini dengan layanan dorang...tak macam sesetengah jabatan kerajaan...sikit punya susah nak buat urusan....