Saturday, June 30, 2012

Italy vs German


Haha...seronok bila pasukan pilihan aku Italy dapat pergi final euro 2012. Lawan pagi tadi jerman bukanlah calang2 pasukan! tapi jerman terpaksa akur dengan kehebatan Italy. Keputusan Italy vs Jerman, Italy menang 2-1. Ada video utk paparan semua..:)Italy akan bertemu Spain pada perlawanan Final Euro 2012.Nantikan....

Thursday, June 28, 2012

Free style

Free Style...Terbaik...

Debit kad RHB Bank

Dua hari lepas kad ATM Bank RHB aku hilang. Jadi aku pergi report kat RHB Bank Putrajaya Presint 8. Aku cancel kad lama dan dapat kad baru.Pada masa yang sama aku verify semula kad yang aku guna untuk Paypal. 
Menariknya....kali ni nak verify Paypal lebih senang nak dibandingkan dengan awal2 hari tu. Dulu kena tunggu PP Code dihantar kerumah melalui pos, tapi kali ni kita boleh ambil PP Code tu daripada transaksi dalam internet banking pada menu sejarah transaksi. Jadi dalam masa 2 hari dah boleh verify semula Paypal aku dengan kad RHB Bank yang baru...

Tuesday, June 26, 2012

Rafflesia 10 kelopak

Petikan dari utusan.com.my
IPOH 26 Jun - Bunga pakma atau Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia lazimnya ditemui mempunyai lima kelopak.
Bagaimanapun, spesies hibrid betina fauna berkenaan ditemui memiliki 10 kelopak berdiameter 46 sentimeter di Sungai Gadong, Taman Negeri Royal Belum, Gerik dekat sini, Sabtu lalu.
Tumbuhan parasit tersebut ditemui seorang pekerja Perbadanan Taman Negeri Perak ketika menjalankan kerja-kerja rutin harian menyelia kawasan berkenaan.
Pengurus Perbadanan Taman Negeri, Iylia Ainuddin berkata, penemuan bunga itu yang dikenal pasti sebagai hasil evolusi antara spesies R. azlanii dan R. cantleyi telah disahkan sebagai yang pertama di dunia.

Hari Belia 2012

Huhu..lama dah Hari Belia 2012 berlalu. Kejap tadi tgk ada beberapa video yang sempat aku record masa acara free style motocross hari belia 2012 haritu. Sekarang dah nak start pesta bunga pulak kat Putrajaya nih. Untuk tatapan bersama...beberapa video free style motocross sempena hari belia 2012.



Monday, June 18, 2012

Batik Sutera

Lama pulak rasanya tak update blog nih....minggu lepas pergi kota Bharu. Sempat jalan-jalan sekitar  pameran pertanian dekat stadium. Ada beberapa gambar buah-buahan besar lagi pelik sempat aku snap. Nanti upload gambar...

Nak cerita rasa Hampa juga sebab tak sempat nak  pergi pasar tempat jual batik sutera. Nak jugak survey harga kat sana..boleh bandingkan dengan harga batik sutera Terengganu. Tapi pada sesiapa yang mencari batik sutera lawa-lawa pada harga yang amat berpatutan, boleh Log in www.sutera-online.com. web batik sutera ni jual batik sutera Terengganu sahaja. Most beautiful silk online store